Pages

Saturday, September 7, 2013

Terkejut topi keledar dihempas - Sinar Harian

Terkejut topi keledar dihempas

BANTING - Tindakan menghempas topi keledar yang tidak mengikut ciri-ciri keselamatan semasa pemeriksaan keselamatan di hadapan Ibu Pejabat Polis (IPD) Kuala Langat adalah satu usaha memberi kesedaran mengenai tahap keselamatan pengguna jalan raya.

Penolong Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) Negeri Selangor, Yusof Hashim berkata, demonstrasi itu untuk membuktikan bahawa topi keledar yang mereka pakai itu tidak memenuhi ciri-ciri keselamatan dan piawaian yang ditetapkan.

Menurutnya, tindakan menghempas topi keledar di atas jalan adalah untuk membuktikan kepada penunggang motosikal bahawa topi keledar itu tidak mampu melindungi penunggang motosikal ketika berlaku kemalangan.

“Dalam demonstrasi itu, tidak dinafikan terdapat penunggang motosikal yang terkejut apabila melihat topi keledar mereka retak dan rosak. itu membuktikan bahawa topi keledar yang mereka gunakan itu tidak berlualiti dan tidak selamat," katanya ketika ditemui di lokasi pemeriksaan, semalam.

Beliau yakin setiap penunggang motosikal yang menyaksikan demonstrasi itu menyedari bahawa tindakan memakai topi keledar yang tidak berkualiti boleh mengundang padah.

“Apa yang penting, penunggang motosikal faham dengan tahap keselamatan yang dikuatkuasakan.

“Ini tak, sudahlah tak pakai topi keledar semasa bawa motosikal, peraturan keselamatan lain seperti langgar lampu isyarat turut dilakukan pengguna,” katanya.
Yusof berkata, pada operasi itu MKJR turut mengagihkan topi keledar yang berkualiti kepada penunggang terbabit bagi menggantikan topi keledar yang rosak itu.

Yusof berkata, pengeluar topi keledar yang semakin aktif mengeluarkan pelbagai bentuk topi keledar kini bukan sahaja dipantau malah akan dikenakan tindakan undang-undang sekiranya tidak mengikut spesifikasi dibenarkan.

Katanya, pihaknya bersama jabatan terlibat tidak akan berkompromi dengan pihak yang melanggar peraturan.

Wednesday, December 14, 2011

Fakta menakjubkan mengenai wudhu

Fakta menakjubkan mengenai wudhu




Prof Leopold Werner von Ehrenfels, seorang psikiater dan sekaligus neurology dari Austria, menemui sesuatu yang menakjubkan terhadap wudhu. Ia mengemukakan satu fakta yang sangat mengejutkan.


Bahawa pusat-pusat saraf yang paling peka dari tubuh manusia ternyata berada di sebelah dahi, tangan, dan kaki.
Pusat-pusat saraf tersebut sangat sensitif terhadap air segar. Dari sini ia menemui hikmah di sebalik wudhu yang membasuh pusat-pusat saraf tersebut. Malah ia mencadangkan agar wudhu bukan hanya milik dan kebiasaan umat Islam, tetapi untuk umat manusia secara keseluruhan.

Dengan sentiasa membasuh air segar pada pusat-pusat saraf tersebut, maka bererti orang akan memelihara kesihatan dan keselarasan pusat sarafnya. Pada akhirnya Leopold memeluk agama Islam dan mengganti nama menjadi Baron Omar Rolf Ehrenfels.

Ulama Fekah juga menjelaskan hikmah wudhu sebagai bahagian dari usaha untuk memelihara kebersihan fizikal dan rohani. Anggota badan yang dibasuh dalam air wudhu, seperti tangan, kawasan muka termasuk mulut, dan kaki memang paling banyak bersentuhan dengan benda-benda asing termasuk kotoran. Kerana itu, wajar kalau anggota badan itu yang harus dibasuh.

Ulama tasawuf menjelaskan hikmah wudhu dengan menjelaskan bahawa anggota badan yang dibasuh air wudhu memang daerah yang paling sering berdosa. Kita tidak tahu apa yang pernah diraba, dipegang, dan dilakukan tangan kita. Banyak pancaindera tersimpul di bagian muka.

Berapa orang yang jadi korban setiap hari dari mulut kita, berapa kali berbohong, memaki, dan membicarakan aib orang lain. Apa saja yang dimakan dan diminum. Apa saja yang baru diintip mata ini, apa yang didengar oleh telinga ini, dan apa saja yang baru dicium hidung ini? Ke mana sahaja kaki ini berjalan setiap hari?



Tegasnya, anggota badan yang dibasuh dalam wudhu ialah anggota yang paling berisiko untuk melakukan dosa.



Organ tubuh yang menjadi anggota wudhu disebutkan dalam ayat al-Maidah [5]:6, adalah wajah, tangan sehingga siku, dan kaki sehingga hujung kaki.


Dalam hadis riwayat Muslim juga dijelaskan bahawa, air wudhu mampu mengalirkan dosa-dosa yang pernah dilakukan oleh mata, hidung, telinga, tangan, dan kakinya, sehingga yang berkaitan bersih dari dosa.



Kalangan ulama melarang mengeringkan air wudhu dengan kain kerana dalam redaksi hadis itu dikatakan bahawa proses pembersihan itu sampai titisan terakhir dari air wudhu itu (ma’a akhir qathr al-ma’).


Wudhu dalam Islam masuk di dalam Bab al-Thaharah (penyucian rohani), seperti halnya tayammum, syarth, dan mandi junub. Tidak disebutkan Bab al-Nadhafah (pembersihan secara fisik). Rasulullah SAW selalu berusaha mempertahankan keabsahan wudhunya.



Yang paling penting dari wudhu ialah kekuatan simboliknya, yakni memberikan rasa percaya diri sebagai orang yang ‘bersih’ dan setiap waktu dapat menjalankan ketaatannya kepada Tuhan, seperti mendirikan solat, menyentuh atau membaca mushaf Al-Quran.


Wudhu sendiri akan menghalang diri untuk menghindari apa yang secara spiritual merosak citra wudhu. Dosa dan kemaksiatan berkontradiksi dengan wudhu.

Sunday, December 13, 2009

di pagi raya...

aidi zakwan beraya bersama tok-tok dan tok wan di rumah tok nek di pulau pinang....
Posted by Picasa

Monday, November 9, 2009

Ingatan untuk manusia....

Di dalam hidup manusia, yang penting ialah BERKAT.


Bila hidup kita berkat, diri ini akan selamat.

Apabila diri selamat, rumahtangga jadi sepakat.

Apabila rumahtangga jadi sepakat, masyarakat jadi muafakat.

Apabila masyarakat jadi muafakat, negara kita menjadi kuat.

Apabila Negara menjadi kuat, negara luar jadi hormat.

Apabila negara luar jadi hormat, permusuhan pun tersekat.

Apabila permusuhan tersekat, pembangunan pun meningkat.

Apabila pembangunan pun meningkat, kemajuan menjadi pesat.

TETAPI AWAS,

apabila pembangunan meningkat, kemajuan menjadi pesat,

kita lihat bangunan naik bertingkat-tingkat.

Ditengah-tengah itu,

tempat maksiat tumbuh macam kulat.

Apabila tempat-tempat maksiat tumbuh macam kulat,

KETIKA ITU manusia mula mengubah tabiat.

Apabila manusia telah mengubah tabiat,

ada yang jadi lalat ada yang jadi ulat.

Apabila manusia dah jadi ulat, sembahyang makin hari makin liat.

Apabila sembahyang jadi liat, orang baik ada yang bertukar jadi jahat.

Apabila orang baik bertukar jahat, orang miskin pula nak kaya cepat.

Apabila orang miskin nak kaya cepat, orang tua pula nak mati lambat.

Apabila orang tua nak mati lambat,

tak dpt minum madu telan je minyak gamat.

Yang lelaki,

budak budak muda pakai seluar ketat. Semua nak tunjuk kuat.

Bila berjudi, percaya unsur kurafat. Tapi hidup pula yang melarat.

Tali kasut dah tak berikat. Rambut pun jarang sikat.

Yang perempuan, pakai mini sekerat. Suka pakai baju ketat.

Suka sangat menunjukkan pusat.

Hingga tak pedulikan lagi batasan aurat.

Pakai pulak yang singkat-singkat.

Kadang-kadang ternampak benda 'bulat'.

Bila jadi macam ini, siapa lihat pasti tercegat.

Silap gaya jadi gawat,

bohsia bohjan lagi hebat.

Duduk jauh berkirim surat. Bila berjumpa, tangan berjabat.

Kemudian pakat lawan peluk siapa erat.

Masa tu, nafas naik sampai tersekat-sekat.

Usah peduli agama dan adat. Usah takut Allah dan malaikat.

Yang penting apa kita nak buat?

Kita 'bukti' lah kita buat. Akhirnya perut kempis dah jadi bulat.

Apabila perut kempis dah jadi bulat,

maka lahirlah pula anak-anak

yang tak cukup sifat.

Bila anak-anak tak cukup sifat, jam tu kita tengok bayi dibuang

di merata tempat.

MAKNANYA KETIKA ITU,

IBLIS MULA MELOMPAT.

Dia kata apa?

Habis manusia dah masuk jerat.

Habis manusia telah tersesat. Inilah dia fenomena masyarakat.

Oleh itu wahai saudaraku dan para sahabat,

Marilah kita pakat mengingat,

Bahawa dunia hari ini makin singkat,

Esok atau lusa mungkin kiamat, Sampai masa kita semua akan berangkat!

Berangkat menuju ke negeri akhirat. Di sana kita akan ditanya

apa yang kita buat. Masa tu, sendiri mau ingat.

Umur mu banyak mana mu buat ibadat...?

Zaman muda mu, apa yang telah mu buat...?

Harta benda ente, dari mana ente dapat...?

Ilmu ente, adakah ente manafaat...?

Semoga ianya dapat mengingatkan kita supaya segera

meninggalkan maksiat dan memperbanyakkan ibadat.

Wednesday, May 28, 2008

Let us share what Datuk Dr. Fadilah Kamsah used to say

”Ada orang datang ke pejabat dengan perasaan penuh gembira & ceria, ada datang dengan perasaan 'biasa' dan ada datang dengan perasaan serba tak kena '.. Ingat lah, sesiapa yang datang hanya dengan perasaan 'biasa' saja, hasilnya adalah 'biasa' saja, sesiapa yang datang dengan ceria, hasilnya akan jadi lebih daripada biasa ataupun luar biasa. Bekerja la dengan ceria agar menghasilkan produktiviti yang luar biasa yang akan menggembirakan orang di sekeliling kita. Semoga hasil itu akan mendapat keberkatan insyallah...”

Jadi renungi lah :-

1. Ada antara kita datang ke pejabat hanya memenuhi tanggung jawab 'DATANG BEKERJA' tapi hampeh, hasilnya macam kita 'TAK DATANG' kerja

2. Ada kala kita rasa kita BUSY giler, rupanya kita hanya 'KELAM KABUT'. 3. Adakala kita rasa kita PERIHATIN', tapi rupanya kita BUSY BODY

4. Adakala kita rasa kita OPENMINDED and OUTSPOKEN tapi rupanya kita KURANG PENG'AJAR'AN.

5. Adakala kita rasa kita berpemikiran KRITIS rupanya kita hanya lebih kepada KRITIK yang mencipta KRISIS.

6. Adakala kita rasa kita ingin menjadi LEBIH MESRA tapi rupanya kita di lihat lebih MENGADA

7. Adakala kita suka bertanya 'KENAPA DIA NI MCM TAKDE KEJE', adalah lebih baik kita tanya 'APA LAGI KEJE YANG AKU BOLEH BUAT'

Pejam mata dan renung lah diri, kalau kita perlu melakukan ANJAKAN PARADIGMA, maka lakukanlah...Segera, tapi manusia tetap manusia..sukar untuk berubah kerana kita selalu beranggapan kita lebih baik...adakah dengan merasakan itu kita sememangnya terbaik?

Maka untuk itu , mari kita mula senyum, ceria, mesra sesama kita dan tingkat kerjasama dalam kerja, tak rugi kita semai rasa 'kekeluargaan' dalam tugasan..kalau kita kurang kerja, cari la kerja membantu teman-teman yang lain.

Tak dapat gaji lebih pun tak apa sebab pahala dapat..kita draw kat akhirat nanti...tapi kalau kita asyik dengki mendengki..nasib la sebab dah ditentukan jalan yang sukar itu yang kita pilih..Renungi lah, berapa orang kawan kita dan berapa orang lawan kita, nescaya itu la kayu pengukur diri yang sebaiknya...

"mengkritik tidak bererti menentang,
menyetujui tidak semestinya menyokong,
menegur tidak bermakna membenci,
dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik"