Fakta menakjubkan mengenai wudhu
Prof Leopold Werner von Ehrenfels, seorang
psikiater dan sekaligus neurology dari Austria,
menemui sesuatu yang menakjubkan terhadap wudhu. Ia mengemukakan satu fakta yang
sangat mengejutkan.
Bahawa pusat-pusat saraf yang paling peka dari
tubuh manusia ternyata berada di sebelah dahi, tangan, dan kaki.
Pusat-pusat saraf tersebut sangat sensitif
terhadap air segar. Dari sini ia menemui hikmah di sebalik wudhu yang membasuh
pusat-pusat saraf tersebut. Malah ia mencadangkan agar wudhu bukan hanya milik
dan kebiasaan umat Islam, tetapi untuk umat manusia secara keseluruhan.
Dengan sentiasa membasuh air segar pada
pusat-pusat saraf tersebut, maka bererti orang akan memelihara kesihatan dan
keselarasan pusat sarafnya. Pada akhirnya Leopold memeluk agama Islam dan
mengganti nama menjadi Baron Omar Rolf Ehrenfels.
Ulama Fekah juga menjelaskan hikmah wudhu
sebagai bahagian dari usaha untuk memelihara kebersihan fizikal dan rohani.
Anggota badan yang dibasuh dalam air wudhu, seperti tangan, kawasan muka
termasuk mulut, dan kaki memang paling banyak bersentuhan dengan benda-benda
asing termasuk kotoran. Kerana itu, wajar kalau anggota badan itu yang harus
dibasuh.
Ulama tasawuf menjelaskan hikmah wudhu dengan
menjelaskan bahawa anggota badan yang dibasuh air wudhu memang daerah yang
paling sering berdosa. Kita tidak tahu apa yang pernah diraba, dipegang, dan
dilakukan tangan kita. Banyak pancaindera tersimpul di bagian
muka.
Berapa orang yang jadi korban setiap hari dari mulut
kita, berapa kali berbohong, memaki, dan membicarakan aib orang lain. Apa saja
yang dimakan dan diminum. Apa saja yang baru diintip mata ini, apa yang didengar
oleh telinga ini, dan apa saja yang baru dicium hidung ini? Ke mana sahaja kaki
ini berjalan setiap hari?
Tegasnya, anggota badan yang dibasuh dalam wudhu ialah
anggota yang paling berisiko untuk melakukan dosa.
Organ tubuh yang menjadi anggota wudhu disebutkan dalam
ayat al-Maidah [5]:6, adalah wajah, tangan sehingga siku, dan kaki sehingga
hujung kaki.
Dalam hadis riwayat Muslim juga dijelaskan bahawa, air
wudhu mampu mengalirkan dosa-dosa yang pernah dilakukan oleh mata, hidung,
telinga, tangan, dan kakinya, sehingga yang berkaitan bersih dari
dosa.
Kalangan ulama melarang mengeringkan air wudhu dengan
kain kerana dalam redaksi hadis itu dikatakan bahawa proses pembersihan itu
sampai titisan terakhir dari air wudhu itu (ma’a akhir qathr
al-ma’).
Wudhu dalam Islam masuk di dalam Bab al-Thaharah
(penyucian rohani), seperti halnya tayammum, syarth, dan mandi junub. Tidak
disebutkan Bab al-Nadhafah (pembersihan secara fisik). Rasulullah SAW selalu
berusaha mempertahankan keabsahan wudhunya.
Yang paling penting dari wudhu ialah kekuatan
simboliknya, yakni memberikan rasa percaya diri sebagai orang yang ‘bersih’ dan
setiap waktu dapat menjalankan ketaatannya kepada Tuhan, seperti mendirikan
solat, menyentuh atau membaca mushaf Al-Quran.
Wudhu sendiri akan menghalang diri untuk menghindari
apa yang secara spiritual merosak citra wudhu. Dosa dan kemaksiatan
berkontradiksi dengan wudhu.